Make your own free website on Tripod.com

Hubungi Kami ???

Untuk maklumat lanjut:

Phone: 05-5465433

Fax: 05-5465433

E-mail: ismawandi@jphpk.gov.my

JABTAN PERKHIDMATAN HAIWAN NEGERI PERAK

Unit Teknologi Pembiakan Dan Pembakaan

BILAKAH WAKTU YANG PALING SESUAI LEMBU DIPERMANIKAN?

Ternak betina hanya boleh dipermanikan apabila ia menunjukkan tandatanda BIANG atau mahu mengawan.

 

APAKAH TANDA-TANDA BIANG YANG BOLEH DI LIHAT?

Tanda utama lembu betina mahu mengawan ialah apabila ia RELA DlPANJAT OLEH LEMBU~LEMBU LAIN, lain-lain tanda adalah:

i. berkelakuan luar biasa dan resah menggelisah

ii. sentiasa melenguh-lenguh

iii. kemaluannya lembab, kemerahan, bengkak dan mengeluarkan lendir

iv. kadangkala selera makan dan pengeluaran susunya berkurangan.

 

BERAPA LAMAKAH JANGKA MASA BERAHI INI WUJUD?

Jangka masa berahi ini wujud hanya selama 24 jam. Oleh itu, sebagai panduan kasar jika tanda dilihat pada sebelah pagi permanian dibuat di petang hari itu juga dan jika tanda tersebut dilihat pada sebelah petang permanian akan dilakukan pada awal pagi esoknya.

 

BERAPA LAMAKAH KEADAAN BIANG ATAU JANGKAMASA BERAHI INI WUJUD?

Jangkamasa berahi ini wujud selama 24 jam sahaja. Oleh itu sebagai panduan kasar, apabila tanda-tanda berahi dilihat di sebelah pagi, lembu hendaklah dipermanikan di sebelah petang hari itu juga. Jika tanda-tanda tersebut dikesan di sebelah petang permanian akan dilakukan pada awal pagi keesokkan harinya. Lembu yang sihat dan tidak bunting akan datang biang tiap-tiap lebih kurang 21 hari.

 

APAKAH KEPERLUAN ASAS YANG PATUT DISEDIAKAN?

Anda tidak perlu menyediakan banyak peralatan cuma sediakan tempat yang sesuai di mana ternakan boleh diikat dan pemeriksaan boleh dilakukan. Tetapi sebaik-baiknya sediakan pasung bagi tujuan permanian.

 

SIAPAKAH YANG BOLEH SAYA HUBUNGI UNTUK MENDAPATKAN KHIDMAT TERSEBUT?

Permanian Beradas akan dilakukan oleh kakitangan Jabatan Haiwan dan jurusuntik D.I.Y (peternak) yang terlatih.

UNIT TEKNOLOGI PEMBIAKAN DAN PEMBAKAAN

 

Ibupejabat Perkhidmatan Haiwan Negeri

Jalan Sultan Azlan Shah (U)

31400 Ipoh, Perak