Permanian Beradas

Untuk maklumat lanjut:

Phone: 05-5465433

Fax: 05-5465433

E-mail: ismawandi@jphpk.gov.my

Permanian beradas atau Artificial Insemination (A.I) adalah satu cara buatan untuk mengahwinkan ternakan di mana benih ternak jantan (air mani) dimasukkan ke dalam alat kelamin ternak betina dengan menggunakan alat-alat tertentu.

 

Kepentingan Permanian Beradas

 

· Permanian beradas merupakan cara yang paling cepat untuk meningkatkan mutu ternakan (genetik) negara ini dengan menggunakan baka yang terbaik. Benih ternakan atau simen yang digunakan telah melalui pemeriksaan dan kawalan mutu.

 

· Benih ternakan yang digunakan telah dipilih daripada baka yang melalui ujian progeny dan kesuburan yang baik serta mempunyai nilai yang baik dari segi ekonomi

 

· Baka-baka yang terbaik dari serata dunia dapat di bawa masuk ke negara ini dengan mudah. Pemilihan baka adalah sangat luas dan tidak terbatas.

 

· Satu sistem yang paling ekonomik di mana peternak kecil boleh mendapat baka yang terbaik dengan kos yang rendah.

 

· Pembiakan dapat dijalankan untuk membentuk baka baru secara kacukan yang lebih sesuai dan adaptasi dengan iklim di Malaysia

 

· Permanian beradas berkesan dalam mencegah jangkitan penyakit kelamin seperti brusellosis,leptospirosis dan lain-lain yang menyebabkan keguguran janin dan boleh berjangkit kepada manusia (zoonosis).

 

· Mutu ternakan dapat dikawal dengan mengelakkan penggunakan baka yang kurang baik, mengatasi pembiakan dalaman (inbreeding) atau sebakaan.

Apakah Permanian Beradas ?

Permanian Beradas Lembu Tenusu dilakukan oleh jurusuntik terlatih

Pilihan Baka yang kami sediakan

 

Tenusu

1. Frisien Tulin

2. Sahiwal-Frisien (Mafriwal)

3. Jersey

4. Girlando

5. Holstein-Frisien

 

Pedaging

1. Charolais Tulin

2. Brahman Tulin

JABTAN PERKHIDMATAN HAIWAN NEGERI PERAK

Unit Teknologi Pembiakan Dan Pembakaan