Make your own free website on Tripod.com

Kadar Bayaran Permanian Beradas

Kos lain yang terpaksa ditanggung ialah peralatan cryo seperti nitrogen cecair, tangki semen dan sebagainya yang terpaksa diimport dari luar negara yang mencecah puluhan ribu ringgit bagi setiap jurusuntik.

Hampir kesemua peralatan yang digunakan diimport dari luar negara.

Secara purata, kos yang ditanggung kerajaan bagi seekor ternakan yang di lakukan permanian beradas kira-kira RM 60 - RM100.

Namun begitu,kos nya jauh lebih rendah daripada membeli baka pejantan yang bermutu tinggi.Ia dijalankan bagi meningkatkan mutu ternakan negara disamping memberikan khidmat yang terbaik kepada para peternak.

Secara purata, kos yang terpaksa di tanggung oleh kerajaan seperti berikut :

Bagaimana dengan bayaran?

 

 Buat masa ini, Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Perak mengenakan kos perkhidmatan sebanyak RM 20 sahaja bagi kes suntikan lembu yang menghasilkan kebuntingan.

 

 Kerajaan menanggung lebih daripada 80% subsidi perkhidmatan permanian beradas (AI)

 

 Permanian beradas kambing diberi percuma kepada peternak.

 

 Namun begitu, kos perkhidmatan yang dikenakan amat berpatutan dan jauh lebih rendah berbanding kos yang terpaksa di tanggung oleh kerajaan.

JABTAN PERKHIDMATAN HAIWAN NEGERI PERAK

Unit Teknologi Pembiakan Dan Pembakaan

Lembu - harga 1 straw semen beku

Frisien Tulen

RM 50.00-RM 60.00

Mafriwal

RM 20.00-RM 36.00

Holstein/Frisien

RM 25.00-RM 50.00

Charolais

RM 30.00-RM60.00

Kambing - harga 1 straw semen beku

Saanen

RM 68.00

Alpine

RM 43.00

Boer Tempatan

RM 30.00

Boer yang di import

RM 60.00