Untuk maklumat lanjut:

Phone: 05-5465433

Fax: 05-5465433

E-mail: ismawandi@jphpk.gov.my

PEMERIKSAAN FERTILITI

Pengurusan fertiliti - Proses merangka & mewujudkan satu persekitaran dimana individu-individu terlibat bekerjasama untuk memasti setiap induk pembiak melahirkan anak setiap 365 hari. Anak dilahirkan normal, sihat & ibu mampu mengeluarkan susu berkualiti dengan kuantiti yang optimum

 

Individu-individu yang terlibat termasuk peternak, pegawai teknikal & pengembangan,  juga yang terlibat dlm aspek pemasaran

 

Bagi mendapat kelahiran setiap 365 hari:

 

Selepas beranak, uterus mesti bebas daripada infeksi & cepat mengecut untuk kembali seperti keadaan tidak bunting

 

 

 

 

 

 

 

 

Ovari mesti mengembalikan pusingan estrus utk perkembangan folikel, ovulasi & pembentukan korpus luteum

 

 

 

 

 

Lembu mesti menunjukkan tanda-tanda berahi yang boleh dikesan oleh pejantan yang subur atau dikesan untuk permanian beradas

 

 

 

 

Hanya satu suntikan A.I. untuk  menghasilkan  persenyawaan

 

 

 

 

Ovum yang disenyawakan mesti melekat  (implant) pd endometrium uterus  & bebas daripada kemungkinan kematian awal fetus  atau keguguran.

 

 

 

 

Ibu & anak selamat tanpa kecederaan semasa kelahiran

 

FERTILITI PD GEROMPOK KECIL

 

Untuk gerompok kecil lembu tenusu (5- 20 ekor) pemfokusan pengurusan fertiliti & ukuran kejayaannya adalah lebih pada prestasi individu berbanding prestasi gerompok.

Kadar & indeks (selalunya dlm %) yg diguna pakai pd gerompok besar tidak sesuai pada kumpulan kecil ternakan

 

PENGURUSAN FERTILITI YG PROAKTIF

 

Keseluruhan kitaran pembiakan dikawal secara strategik dengan membuat tindakan sepatutnya bagi memastikan setiap induk melahirkan anak setiap 365 hari. Ini bagi mengenalpasti masalah-masalah yg boleh memberi kesan negatif kepada matalamat yg ditetapkan

Lawatan ke ladang dibuat secara berterusan, sekali sebulan & aktiviti-aktiviti pd senarai semak (check list) dilaksanakan.

Lawatan terancang & berjadual ini dikelolakan & dikendalikan oleh kakitangan JPH

JABTAN PERKHIDMATAN HAIWAN NEGERI PERAK

Unit Teknologi Pembiakan Dan Pembakaan