Pemeriksaan Kebuntingan

Untuk maklumat lanjut:

Phone: 05-5465433

Fax: 05-5465433

E-mail: ismawandi@jphpk.gov.my

Pemeriksaan Kebuntingan menggunakan kaedak ‘rectal palpation’.

TUJUAN

 

Lembu bunting diurus dengan pengurusan yang sistematik bagi memastikan induk & fetus dlm kandungan terjamin kesihatannya, tumbesaran fetus berlaku dengan sempurna sehingga setiap induk dapat melahirkan anak yang sihat dengan selamat.

 

PENGURUSAN PEMBIAKAN

 

Lakukan pemeriksaan kebuntingan sekali sebulan bagi:

 

1 Memastikan tahap kebuntingan

 

2 Mengesan kes keguguran, mummified fetus & keabnormalan lain

 

3          Program pengasingan lembu bunting          berat

Pemeriksaan Kebuntingan menggunakan alat ‘Pregnancy Detector’.

TANDA-TANDA BUNTING

Pemeriksaan kebuntingan (P.D.) dijalankan 2 atau 3 bulan selepas perkahwinan tabie @ permanian beradas (A.I.) di jalankan bagi menentukan lembu bunting atau tidak.

 

Tanda-tanda

 

· Tiada estrus

· Abdomen membesar

· Ambing susu membesar

 

TANDA-TANDA BUNTING

 

 Tanda akhir bunting

 

· Ambing, punting susu semakin besar & kolustrum mula terhasil

· Vulva bengkak & 2 bibir vulva merenggang

· Pangkal ekor terangkat

 

 

 Tanda hendak beranak

 

· Resah gelisah & mengasingkan diri

· Denyut nadi & pernafasan meningkat

· Vulva membengkak sehingga 6 kali saiz biasa

· Lendir kelabu pekat keluar melalui vulva

· Kelihatan water bag

JABTAN PERKHIDMATAN HAIWAN NEGERI PERAK

Unit Teknologi Pembiakan Dan Pembakaan