Tahukah Anda ????

· Sejarah terawal mengenai permanian beradas dipercayai bermula dalam abad ke 14 oleh orang-orang Arab yang memelihara kuda.

· Kajian saintifik yang pertama mengenai permanian beradas dimulakan dalam tahun 1780 oleh seorang ahli sains berbangsa Itali bernama L. Spallanzani dengan kejayaannya menyuntik seekor anjing dan melakukan demonstrasi yang menunjukkan bahawa bahagian sperma (sperm Fraction) di dalam air mani bertanggungjawab dalam persenyawaan.

· Kejayaan pertama dalam permanian beradas terhadap ternakan lembu dicapai oleh seorang berbangsa Rusia bernama Ivanoff dalam tahun 1909. Kira-kira dalam tahun 1928 orang Rusia telah mula menyuntik lembu mereka, dan telah membiakkan lebih kurang 1.2 juta ekor lembu dan 15 juta ekor biri-biri.

· Negara-negara lain mula mengambil langkah yang sama; Denmark mula menjalankan pada tahun 1937, Amerika Syarikat dalam tahun 1938 dan United Kingdom dalam tahun 1942

· Kemajuan dalam teknik penyimpanan air mani dan terjumpanya teknik-teknik pembekuan (deep freezing techniques) oleh pekerja-pekerja bangsa Inggeris dalam tahun 1949, telah memesatkan lagi penggunaan Permanian beradas di kebanyakan Negara di dunia.

· Bermula dalam tahun 1914, Prof G. Amantae dari Universiti Rom telah menggunakan faraj palsu untuk anjing dan dalam tahun 1934—1938, faraj palsu untuk lembu telah dihasilkan.

JABTAN PERKHIDMATAN HAIWAN NEGERI PERAK

Unit Teknologi Pembiakan Dan Pembakaan